09/05/2005 - Pertandingan Kertas Kerja Terbaik Pelajar Sekolah
Perhatian semua pelajar, memandangkan kepada sambutan hangat pelajar-pelajar terhadap laman web ini dan sempena bulan Kemerdekaan 2005. Pihak editor berbesar hati menganjurkan PERTANDINGANKERTAS KERJA SEJARAH TERBAIK berkenaan dengan Tun Mahathir. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar sekolah seluruh Malaysia. Tarikh tutup phasa pertama adalah 15 Ogos 2005. Keputusan akan di umumkan pada malam Merdeka, 31 Ogos. Maklumat lanjut sila klik "Syarat Syarat Pertandingan"
14/04/2005 - Perhatian Kepada Pelajar - Salah Guna Ruangan
Kepada semua pelajar sekolah. Sila beri perhatian, "Tribute" bermaksud "Penghargaan" anda sebagai pelajar yang berdisiplin dan menghargai Tun Mahathir sepatutnya menulis penhargaan untuk beliau dan bukannya untuk "chatting" atau bertanya soalan untuk membantu anda. Tun merupakan seorang yang amat rajin berusaha untuk mencapai matlamatnya, pelajar semua patut mencontohinya. Menulis perkara yang tidak berkenaan adalah tanda anda tidak menghargai pemimpin negara. SILA FAHAMI MESEJ INI.